Himaya H99 Premium Face Respirator 20 helai Hari Raya Edition - Spring Rose
Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Himaya memperkenalkan keluaran pelitup muka terbaru Himaya H99 Premium Face Respirator (Hari Raya Edition) – Spring Rose. Keluaran Himaya H99 kali ini tampil dengan corak flora menyerlahkan aura keayuan apabila digayakan dengan pelbagai stail si pemakai.
Pelitup muka H99 ini direka untuk menghalang kemasukan udara yang tidak ditapis dengan bahagian flap terletak kemas pada wajah anda. Ia akan memberikan anda perlindungan berganda dari semua sisi pelitup muka. Dengan dua lapisan kain penapis melt-blown, ia dapat meningkatkan kecekapan penapisan pelitup muka untuk perlindungan berganda terhadap virus. Reka bentuk 3D yang inovatif membolehkan lebih banyak ruang antara mulut dan pelitup muka anda serta mengurangkan risiko pemakai membetulkan semula pelitup muka tersebut. Diperbuat daripada kain penapis melt-blown dengan ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) dan ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah), produk ini dapat menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran kita. Gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan berpanjangan untuk hijabi. Sesuai untuk kegunaan harian.
Keselesaan Berpanjangan Untuk Hijabi
Jalur Logam Dengan Span Lembut
Keluaran terbaru H99 ini menggunakan jalur logam dengan span lembut membuatkan pelitup muka terletak kemas dan tidak mudah berkabus supaya anda sentiasa selesa sepanjang hari.
≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria)
BFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (hidup) seperti (bakteria) yang bervariasi dari 5 mikron hingga 1 mikron.
≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah)
PFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (tidak hidup) dengan ukuran tetap dari 1 mikron hingga 0.1 mikron.
2X Fabrik Melt-Blown
Dua kali ganda perlindungan daripada fabrik melt-blown untuk penyaringan zarah yang berkesan untuk memastikan anda selamat sepanjang hari.
Perlindungan 4 Lapis
Diperbuat daripada fabrik bukan tenunan premium dan melt-blown untuk memberikan perlindungan tambahan kepada si pemakai.
Gegelung Kepala Yang Selesa Untuk Hijabi
Rekaan gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan kepada pemakai hijab sepanjang hari.
Sesuai untuk Kulit Sensitif
Di lapisan paling dalam pelitup muka ini, terdapat fabrik bukan tenunan premium yang menjadikan pelitup muka ini sangat lembut pada kulit dan membantu mengurangkan iritasi pada kulit.
Asia Halal Brand Awards
Dianugerahkan dengan Asia Halal Brand Awards, menjadikan pelitup muka ini selamat digunakan.Diperakui Yayasan Hijau Malaysia
Himaya menyokong dan berkolaborasi bersama Yayasan Hijau Malaysia. Setiap pembelian pelitup muka Himaya akan disumbangkan kepada program hijau Malaysia.
Pilihan Selebriti
Pelitup muka ini adalah pilihan terbaik selebriti kesayangan ramai.
1 kotak X 20 pcs
Himaya H99 Premium Face Respirator - Hari Raya Edition - Spring Rose
Menggunakan fabrik bukan tenunan premium gred perubatan yang berkualiti tinggi untuk pernafasan optimum & keselesaan berpanjangan