top of page

Tampil Elegan Dengan Rona Warna Neutral  

Memperkenalkan keluaran pelitup muka terbaru Himaya H99 Premium Face Respirator – Chic Vintage. Keluaran pertama H99 dengan rona warna neutral, kelabu lembut sesuai digayakan dengan pelbagai stail si pemakai. Pelitup muka H99 ini direka untuk menghalang kemasukan udara yang tidak ditapis dengan bahagian flap terletak kemas pada wajah anda. Ia akan memberikan anda perlindungan yang selamat dan berganda dari semua sisi pelitup muka. Dengan dua lapisan kain penapis melt blown, ia dapat meningkatkan kecekapan penapisan pelitup muka untuk perlindungan berganda terhadap virus. Reka bentuk 3D yang inovatif membolehkan lebih banyak ruang antara mulut dan pelitup muka anda serta mengurangkan risiko pemakai membetulkan semula pelitup muka tersebut. Dibuat dengan kain penapis melt blown dengan ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) dan ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah), produk ini dapat menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran kita. Gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan berpanjangan bagi si pemakai hijab. Sesuai untuk kegunaan harian. 

 

Keselesaan Berpanjangan Untuk Hijabi  

 

Jalur Logam Dengan Span Lembut  

Keluaran terbaru H99 ini menggunakan jalur logam dengan span lembut membuatkan pelitup muka terletak kemas dan tidak mudah berkabus supaya anda sentiasa selesa sepanjang hari.  

 

≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) 

BFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (hidup) seperti (bakteria) yang bervariasi dari 5 mikron hingga 1 mikron. 

 

 ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah) 

PFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (tidak hidup) dengan ukuran tetap dari 1 mikron hingga 0.1 mikron. 

 

2X Fabrik Melt-Blown 

Dua kali ganda perlindungan daripada fabrik melt-blown untuk penyaringan zarah yang berkesan untuk memastikan anda selamat sepanjang hari. 

 

Perlindungan 4 Lapis 

Diperbuat daripada fabrik bukan tenunan premium dan melt-blown untuk memberikan perlindungan tambahan kepada si pemakai. 

 

Gegelung Kepala Yang Selesa Untuk Hijabi 

Rekaan gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan kepada pemakai hijab sepanjang hari. 

 

Sesuai untuk Kulit Sensitif 

Di lapisan paling dalam pelitup muka ini, terdapat fabrik bukan tenunan premium yang menjadikan pelitup muka ini sangat lembut pada kulit dan membantu mengurangkan iritasi pada kulit. 

 

Asia Halal Brand Awards 

Dianugerahkan dengan Asia Halal Brand Awards, menjadikan pelitup muka ini selamat digunakan. 

 

Diperakui CE 

Sijil CE pelitup muka kami diluluskan dan dikawal selia oleh Kawasan Ekonomi Eropah untuk keselamatan, kesihatan dan standard perlindungan Alam Sekitar. 

 

Diperakui Yayasan Hijau Malaysia 

Himaya menyokong dan berkolaborasi bersama Yayasan Hijau Malaysia. Setiap pembelian pelitup muka Himaya akan disumbangkan kepada program hijau Malaysia.  

 

Pilihan Selebriti 

Pelitup muka ini adalah pilihan terbaik selebriti kesayangan ramai.

 

1 Kotak X 20 Pcs

Chic Vintage - H99 Premium Face Respirator

RM30.00Price
  • Menggunakan fabrik bukan tenunan premium gred perubatan yang berkualiti tinggi untuk pernafasan optimum & keselesaan berpanjangan

bottom of page