H99 Premium Face Respirator - 20 helai 

Midnight Black 

Stail Monokrom Tampak Lebih Elegan & Chic  

 

Himaya memperkenalkan keluaran pelitup muka terbaharu Himaya H99 Premium Face Respirator dengan gegelung telinga – Midnight Black dan Porcelain White. Secara eksklusif buat julung kalinya, koleksi terbaharu ini menampilkan Nora Danish sebagai duta rasmi. Pelitup muka H99 ini direka untuk menghalang kemasukan udara yang tidak ditapis dengan bahagian flap terletak kemas pada wajah anda. Ia akan memberikan anda perlindungan berganda dari semua sisi pelitup muka. Dengan dua lapisan kain penapis melt-blown, ia dapat meningkatkan kecekapan penapisan pelitup muka untuk perlindungan berganda terhadap virus. Reka bentuk 3D yang inovatif membolehkan lebih banyak ruang antara mulut dan pelitup muka anda serta mengurangkan risiko pemakai membetulkan semula pelitup muka tersebut. Diperbuat daripada kain penapis melt-blown dengan ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) dan ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah), produk ini dapat menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran. Gegelung telinga yang lembut memberikan keselesaan berpanjangan. Sesuai untuk kegunaan harian. 

Midnight Black

RM33.90Price
  • Dua kali ganda perlindungan daripada fabrik melt-blown untuk penyaringan zarah yang berkesan untuk memastikan anda selamat sepanjang hari.