top of page

UtusanTV : “Pelitup muka kena sedondon dengan pakaian” – Che Ta


Rozita Che Wan dilantik sebagai duta untuk warna baharu pelitup mula Himaya berasaskan merah samar iaitu Blush Rose


Pelakon Rozita Che Wan yang dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya akui pelitup muka bukan sahaja menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19, malah sebagai aksesori yang perlu dipadankan atau ‘matching’ dengan warna baju.


Bagi wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan seperti dirinya, Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.


Kata Che Ta, dia bersetuju menjadi duta pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri.


“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka,” kata Che Ta.

Tambah Che Ta, dia yang dilantik sebagai duta untuk warna baharu pelitup mula Himaya berasaskan merah samar iaitu Blush Rose sendiri yang memilih warna tersebut.

“Warna baru pelitup muka ini adalah pilihan saya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.


“ Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.


“Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya


Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.

Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar.


Sempena pelancaran warna baharu, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk Makna bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021. Setiap pembelian pelitup muka Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream menerusi kedai rasmi Himaya di Shopee atau laman web https://www.himaya.international/, RM2 akan disumbangkan terus kepada tabung Majlis Kanser Nasional (Makna).


Sumber : https://utusantv.com/2021/09/09/pelitup-muka-kena-sedondon-dengan-pakaian-che-ta/

bottom of page