top of page

PERINGATAN! Kes pertama Monkeypox kini di Singapura.


Kementerian Kesihatan Singapura telah melaporkan satu kes import virus Monkeypox di negara tersebut. Kes tersebut melibatkan seorang pramugara warganegara United Kingdom berumur 42 tahun selepas mengalami simptom sakit kepala, demam dan kemunculan ruam sehingga disahkan positif pada 20 Jun 2022. Kini, dirinya ditempatkan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit untuk pemantauan dan 13 kontak rapat telahpun disahkan setakat 21 Jun 2022 dan diarahkan untuk proses kuarantin selama 21 hari.


Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, majoriti pesakit akan sembuh dalam dua ke tingga minggu. Namun, dalam sesetengah kes virus tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang serius sehingga boleh meragut nyawa. Individu berisiko tinggi untuk mengalami sakit yang teruk adalah dari golongan kanak- kanak, wanita mengandung atau individu dengan tahap immuniti yang rendah.


Selain itu, cara penularan virus ini sama seperti virus Covid-19 iaitu menerusi titisan dari hidung atau mulut dari individu yang dijangkiti atau menerusi sentuhan fizikal badan-ke-badan, darah, cecair badan malah dari pakaian yang tercemar.





Oleh itu, setiap individu terutamanya pelancong dinasihatkan untuk mengamalkan langkah- langkah pecegahan seperti berikut:


  1. Mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi, termasuk mencuci tangan selepas ke tandas atau apabila tangan dicemari kotoran.

  2. Mengelakkan sentuhan secara terus pada kulit individu yang dijangkiti virus atau pakaian yang telah tercemar.

  3. Sentiasa memakai pelitup muka untuk mengelakkan penularan yang boleh berlaku menerusi udara.

  4. Dapatkan rawatan segera apabila merasakan diri mengalami simptom- simptom awal seperti demam panas secara mengejut, kebengkakan kelenjar limfa dan ruam badan.


Jaga diri dan terus amalkan pemakaian pelitup muka yang berkualiti untuk mencegah dari penularan virus Monkeypox di negara kita.


Sumber berita: https://www.channelnewsasia.com/singapore/monkeypox-singapore-imported-case-flight-attendant-fever-rashes-moh-2760996

bottom of page