
Semenjak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, hampir kesemua negara mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Sebelum ini, kita hanya menggunakannya pada musim jerebu sahaja.
Jenama Besar Mula Menghasilkan Pelitup Muka
Kenapa kami cakap pelitup muka sudah menjadi satu trend fesyen ? Jenama-jenama besar seperti Gucci, Disney, Louis Vutton telah menghasilkan topeng muka yang tersendiri untuk memperkenalkan jenama mereka kepada dunia. Datuk Aliff Shukri juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan pelitup muka jenamanya sendiri juga. Kebanyakan jenama-jenama besar ini memberikan sumbangan kepada badan-badan amal hasil daripada keuntungan penjualan topeng muka mereka. Bagi mereka, ini hanyalah sebagai salah satu pemasaran percuma kepada jenama mereka. Contohnya, Disney telah menyumbang sebanyak $1 Juta daripada keuntungan jualan mereka kepada Medshare, sebuah organisasi yang menyediakan dan membekalkan peralatan perubatan untuk mereka yang memerlukan di serata dunia.

Image credit to www.papermag.com
Selebriti Antarabangsa Menggayakan Fesyen “Facemask” Mereka
Selebriti-selebriti terkenal dunia juga tidak ketinggalan menggayakan pelitup muka di pentas-pentas besar. Contohnya, Billie Eilish yang memakai pelitup muka di Anugerah Grammy Awards. Sentuhan manik membuatkan Billie tampil mewah dan bergaya. Lady Gaga juga mengenakan 6 topeng muka berbeza semasa membuat persembahan di Anugerah Muzik Video ( VMA) MTV. Ini kerana MTV telah mewajibkan pemakaian topeng muka walaupun untuk mereka yang melakukan persembahan. Topeng muka yang dipakai oleh diva muzik itu tidak seperti yang pernah kita lihat sebelum ini dimana kesemua topeng muka dibuat daripada tanduk, kulit, keluli, kancing dan bahkan topeng LED, ia direka khas oleh Lance Victor Moore of San Francisco.

Dan yang paling menarik adalah, satu kajian daripada Daily Mail mengatakan mereka yang memakai topeng muka lebih menarik berbanding mereka yang tidak memakai nya. Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa individu yang mengenakan topeng muka dianggap lebih menarik berbanding golongan yang tidak menutup muka mereka. Kajian yang bermula pada Februari tahun lalu, meminta 443 wanita menilai gambar lelaki berdasarkan daya tarikan mereka. Wanita berkenaan ditunjukkan gambar lelaki mengenakan dua jenis topeng muka, dengan sebahagian muka ditutup dan tidak ditutup langsung. Mungkin faktor ini juga membuatkan ramai anak muda tidak melepaskan peluang untuk menggayakan topeng muka sebagai salah satu daripada fesyen ‘ootd’ mereka.
Pelitup Muka Yang Terbaik

Tetapi, apa yang perlu diingat adalah fungsi sebenar pemakaiannya. Dengan munculnya varian Omicron yang semakin berbahaya, pelitup muka menjadikan salah satu aksesori yang sentiasa wajib ada dengan kita kemana-mana kita pergi. Himaya adalah satu produk berkualiti yang dapat menghindarkan anda dari wabak yang menular ketika ini. Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan pengunaan topeng muka ( 4ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus( untuk mereka yang berkaca mata). Juga dengan anugerah daripada Asia Halal Brand Awards, menjadikan Himaya selamat digunakan. Selain itu, Himaya juga menyokong dan berkolaborasi bersama Yayasan Hijau Malaysia. Setiap pembelian Himaya akan disumbangkan kepada program hijau Malaysia.