top of page

Kulit Muka Kekal Sihat Walaupun Memakai Pelitup Muka


Tahun 2020 adalah tahun di mana boleh dikatakan tahun permulaan yang telah banyak mengubah gaya kehidupan kita. Pandemik yang melanda dunia telah banyak mengubah landskap kehidupan kita, bekerja dari rumah, pematuhan SOP dan banyak lagi. Pemakaian pelitup muka sudah menjadi satu kemestian untuk mengelakkan kita dan orang lain daripada terkena jangkitan Covid-19 . Disebabkan itu, ada sedikit kerunsingan di kalangan wanita kebanyakannya, yang menzahirkan kerisauan akan pemakaian pelitup muka untuk kulit mereka. Lagi-lagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Dengan cuaca yang tidak menentu, serta pengudaraan yang tidak baik untuk kulit disebabkan pemakaian pelitup muka, mungkin akan membuatkan muka kita ‘breakout’.


Seperti yang kami nyatakan, pemakaian pelitup muka boleh menjadi masalah adalah kerana sentuhan daripada pelitup muka kepada kulit akan membuatkan kulit kita mengalami iritasi, dan udara yang lembap dalam pelitup muka boleh menimbulkan jerawat apatah lagi kotoran dan solekan anda yang terperap dalam pelitup muka. Di sini kami nak kongsikan sedikit tips penjagaan kulit agar kekal sihat dan cantik biarpun dengan memakai pelitup muka.

1. Elakkan memakai solekan

Bukan bermakna anda tidak boleh pakai langsung, tetapi kurangkan kekerapan memakai solekan dan elakkan solekan yang terlalu tebal. Pakai di waktu yang betul-betul perlu seperti majlis-majlis atau keramaian yang memerlukan anda untuk tampil lebih menyerlah. Memakai solekan di bawah pelitup muka akan menyebabkan liang pori muka anda tersumbat dan akan menimbulkan jerawat serta iritasi.


2. Gunakan Pelembap Muka

Masalah utama apabila memakai pelitup muka adalah, kulit akan menjadi kering kerana pemakaian pelitup muka akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat. Untuk itu, gunakan pelembap muka untuk memastikan kulit menerima lembapan setiap masa. Cari produk pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda.

3. Kekal hidrasi

Cukupkan pengambilan air sekurangnya 2liter sehari. Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk menghindarkan masalah kulit serta mengurangkan toksin dalam badan anda yang mana, toksin inilah punca jerawat mula timbul. Pengambilan air yang cukup juga dapat membuatkan wajah anda lebih anjal dan bersih.

4. Lindungi Bibir Anda

Sentiasa lindungi bibir anda dari menjadi kering dan pecah-pecah. Bibir juga akan mengalami kesan semasa memakai pelitup muka. Gunakan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir menjadi kering.


5. Wajib Menggunakan Pencuci Wajah

Mencuci wajah anda setiap hari satu rutin. Cuci pada waktu pagi dan juga malam. Membersihkan wajah anda pada setiap hari pastinya dapat mengurangkan risiko kulit anda menjadi bermasalah.

6. Gunakan Pelitup Muka Yang Sesuai

Dengan lambakan pelitup muka yang berada pasaran. Pilih pelitup muka yang bermaterial lembut serta tidak kasar pada kulit dan paling penting pelitup muka daripada jenis hypoallergenic 3ply atau 4ply . Pemilihan pelitup muka menjadi faktor yang sangat besar kepada iritasi kulit kerana jika anda mempunyai kulit yang sensitif, pastinya kesalahan memilih pelitup muka yang bersesuaian akan menjadi faktor besar kulit anda mengalami masalah. Pelitup muka dari Himaya adalah satu pilihan yang sangat sesuai kerana terdapat fabrik bukan tenunan premium yang dapat membantu mengurangkan iritasi pada kulit di lapisan paling dalam pelitup muka Himaya ini.


Dengan mengamalkan beberapa tips yang kami beri ini, mungkin dapat membantu mengatasi masalah dan dilema yang anda hadapi semasa memakai pelitup muka. Sentiasa menjaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan sebarang masalah kulit dan menjauhkan anda dari wabak Covid-19.

bottom of page