top of page

HARGA atau PERLINDUNGAN?…


Memetik laporan berita dari Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan pandemik Covid-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.


Bertepatan dengan perkara ini, terdapat pelbagai jenis rekaan pelitup muka dijual di pasaran sama ada secara “online” mahupun yang terdapat di seluruh rangkaian farmasi dan juga kedai serbaneka. Persoalannya, sejauh manakah lambakan pelitup muka yang berada di pasaran dapat memberikan perlindungan optimum kepada pengguna kerana ada sebahagiannya dikeluarkan hanya untuk mengaut keuntungan semata- mata?


Oleh itu, pada April yang lepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewartakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.


Menurut KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah.


Hal ini adalah untuk memastikan bahawa pelitup muka yang dijual di pasaran adalah benar- benar berkualiti dan selamat untuk digunakan. Meskipun kebanyakan negara sudahpun beralih ke musim endemik, namun perlindungan terhadap penularan virus Covid-19 adalah amat penting. Jangan kerana sesetengah pelitup muka tidak berkualiti yang dijual murah boleh mengakibatkan diri merana dijangkiti virus Covid-19 yang masih belum ada pengubatnya.


Jadi, berhati- hatilah dalam memilih pelitup muka yang berkualiti, selesa dan juga bersesuaian dengan diri anda. Sentiasa lindungi diri dan amalkan cara hidup yang sihat.


Nota kaki: Himaya didaftarkan di bawah MDA dengan No. Pendaftaran: GA2814320-51459

bottom of page