
Kalau bercerita pasal wanita, banyak benda yang boleh dibualkan. Sampai nak tulis pun berkajang kertas ternyata tak cukup. Tapi ada satu perkara yang cukup menarik untuk diperkatakan, betul ke wanita sangat cerewet dalam bab berpakaian atau bergaya?
Buktinya, kebanyakan wanita boleh menghabiskan masa untuk bersiap lebih dari sejam semata- mata untuk memilih pakaian apa yang ingin digayakan walaupun hanya ingin keluar membeli- belah di pasaraya. Apatah lagi jika ingin ke majlis yang lebih besar seperti majlis sambutan hari jadi ataupun jemputan ke majlis perkahwinan.
Dari pakaian, tudung, kasut sehinggalah ke aksesori semuanya sangat penting dan amat dititikberatkan oleh wanita. Meskipun citarasa berbeza, apabila hendak bergaya, pilihan warna yang bersesuaian dan setiap satu perincian perlulah “match” dari hujung rambut ke hujung kaki. Sehinggakan pemilihan pelitup muka yang ingin dipakai dalam musim endemik pun boleh jadi satu isu besar bagi mereka.
Kenapa perkara ini boleh berlaku? Secara lumrahnya, wanita amat sinonim dengan kecantikan dan keobsesan mereka ini sebenarnya menyumbang kepada keyakinan diri mereka untuk tampil bersemangat dan anggun di khalayak. Oleh sebab itulah, jika ada pilihan yang pelbagai untuk melengkapkan gaya penampilan mereka ternyata lebih memudahkan.
Begitulah Himaya, pelitup muka bagi wanita berhijab ini menyediakan variasi warna dan corak sebagai pilihan di samping kualiti premium untuk memberi keselesaan kepada pemakai. Hadir dengan 3 jenis pelitup muka iaitu 3-lapis, 4-lapis dan jenis H99 yang kesemuanya adalah bersifat “Headloop”, jenama ini sudah tidak asing lagi bagi setiap wanita di Malaysia bahkan ada yang menjadikan setiap satu keluaran sebagai koleksi peribadi.
Kebimbangan tidak ada pelitup muka yang bersesuaian dengan penampilan yang ingin digayakan serta ingin tampil jelita meskipun dalam musim endemik ini bukanlah satu masalah lagi! Himaya adalah jawapannya..
#wanita #cerewet #fesyen #kecantikan #pelitupmuka #hijab #himaya #premium