top of page

Bebelan Cik Min : Rozita Che Wan Kini Duta Terbaru Himaya

Bagi sesiapa yang follow blog aku pasti familiar dengan Himaya kerana sebelum ini aku pernah menulis artikel tentang Himaya iaitu jenama pelitup muka yang berkualiti tinggi.


Menggunakan tagline "Berani Itu Jelita", kini Himaya telah melantik duta baru iaitu Rozita Che Wan yang lebih mesra di panggil Che Ta. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn.Bhd, Datuk KK Chua ketika sesi Pelancaran Warna Baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Bersama Duta, Rozita Che Wan & Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 8 September lepas, perlantikan Che Ta sebagai duta bersesuaian dengan sifatnya yang berani dan semestinya jelita.

Rozita Che Wan Kini Duta Terbaru Himaya

Umum mengetahui bahawa Himaya menyasarkan wanita berhijab. Pelitup muka keluaran Himaya dilengkapi head-loop yang memudahkan wanita berhijab untuk memakai pelitup muka dengan selesa. Selain mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan Medical Device Authority (MDA), pelitup muka Himaya turut mendapat pengiktirafan dari Asia Halal Brand Awards (AHBA).


Memandangkan Che Ta juga seorang yang berhijab, beliau sangat selesa menggunakan pelitup muka Himaya . Menurut Che Ta ;


"Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menepati kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.


Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain."


Setiap RM2 Akan Disumbangkan kepada MAKNA #pinkbermakna


Bersesuaian dengan warna terbaru yang dikeluarkan Himaya iaitu 'Blush Rose', untuk kali ini Himaya sekali lagi melakukan kerja amal di mana dengan setiap pembelian pelitup muka Himaya Blush Rose dan Apricot Dream, RM2 akan didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini akan berakhir pada 31 Oktober 2021.


Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan kempen 'Pink Ribbon'. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.


Apakah Maksud Pinktober?

Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) sempena bulan Oktober. Atau lebih sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.


Ketika ditanya kepada Datuk KK Chan kenapa memilih MAKNA, jawapan Datuk KK Chan adalah kerana kanser sangat dekat dengan diri beliau setelah beliau kehilangan bapa mertua dan ibu saudara akibat kanser.


Buat pengetahuan, kanser adalah antara penyakit tertinggi di dunia manakala kanser payudara adalah yang paling tinggi menyerang penduduk dunia.

Menurut Pengurus Besar MAKNA Puan Farahida Mohd Farid, Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini sangat bermakna memandangkan sejak COVID-19 menyerang, terdapat penyusutan dari segi sumbangan sebanyak 6%.

Dengan kempen kutipan dana yang dianjurkan oleh Himaya ini diharapkan dapat membantu lebih ramai pesakit kanser yang memerlukan. Sehingga kini MAKNA membantu 10,000 pesakit kanser B40 setiap tahun yang memerlukan dan bantuan yang disalurkan juga adalah berterusan (bukan bantuan hanya sekali).


Bertepatan dengan maksud Himaya iaitu pelindung di dalam bahasa Arab, diharapkan agar usaha murni menganjurkan kempen kutipan dana buat MAKNA akan berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.


Memandangkan kini kita bakal menuju kepada fasa endemik COVID-19, pemakaian pelitup muka yang bergred tinggi adalah sangat diperlukan. Kita perlu terima hakikat untuk hidup bersama COVID-19. Oleh itu kita masih perlu patuh SOP dan lakukan kawalan kendiri.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelitup muka Himaya, anda boleh dapatkan di farmasi seluruh Malaysia pada harga RM34.90 sekotak (50 pcs). Selain Blush Rose, terdapat 7 lagi warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue.


Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA namun pembelian itu hanya sah dilakukan di ;-


Laman Shopee : https://shopee.com.my/himayamy

Laman Web : https://www.himaya.international/


Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah warna merah samar bertepatan dengan kempen 'Pink Ribbon'


Sumber : https://www.bebelancikmin.com/2021/09/rozita-che-wan-kini-duta-terbaru-himaya.html?m=1



bottom of page