
SELEPAS Elfira Loy, Erra Fazira, Wany Hasrita, Amira Othman, Rozita Che Wan, kini tiba pula giliran Nabila Razali menggalas tanggungjawab sebagai duta untuk produk Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya).
Penyanyi dan pelakon tersebut bersyukur dengan pelantikan itu kerana Himaya bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa saja tetapi dibuat untuk kepentingan kesihatan.
Kata Nabila, dalam keadaan pandemik ini, pemakaian pelitup muka sangat penting dan orang ramai mesti memilih pelitup muka yang tepat untuk penjagaan kesihatan.
“Jangan ingat tutup mulut saja sudah okey tetapi itu belum mencukupi untuk perlindungan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita. Penggunaan pelitup muka memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.
Nabila, 30, dipertanggungjawab untuk memperkenalkan pelitup muka Himaya H99 yang merupakan keluaran baharu untuk musim ini.
Himaya H99 merupakan pelitup muka yang pertama direka khas bersama jalur logam dengan span lembut anti-peluh membuatkan pelitup muka terletak kemas, memberikan keselesaan pernafasan dan tidak merengsakan kulit wajah.
Hadir dengan warna bercorak membuatkan pelitup muka ini nampak lebih elegen pada si pemakai.
Jelas Nabila, Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan penggunaan pelitup muka perubatan (4 ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus (untuk mereka yang berkaca mata).
“Paling saya suka, pelitup muka Himaya direka khas untuk yang berhijab (headloop) dan didatangkan dengan pelbagai warna menarik sesuai digayakan dengan semua warna baju.
“Anda masih boleh berfesyen dengan Himaya dan sebagai artis, pastinya Himaya mudah disuai padan dengan pakaian saya untuk ke semua acara,” katanya.
Untuk musim baharu tahun 2022, Himaya melancarkan empat warna baharu iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green dan Teal In Spring.
Kata Nabila lagi, pelitup muka Himaya juga ‘melindungi’ solekannya kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang tidak merosakkan gincu.
“Dengan Himaya saya tidak perlu risau lagi jika solekan saya akan rosak. Gincu saya kekal dan tidak comot,” katanya.
Nabila juga berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn. Bhd., yang begitu prihatin terhadap masyarakat.
“Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, perjuangan masyarakat dunia untuk menyekat penularan Covid-19 belum berakhir apabila pada Disember lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian baharu Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).
“Bagi mengekang penularan varian baharu ini, H99 memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaharu, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum.
“Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya, pengguna tidak perlu risau asalkan mereka sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan,” katanya.
Datuk KK Chua berkata lagi, syarikat akan terus mengeluarkan pelitup muka berkualiti dengan warna-warna baharu bagi memenuhi kehendak pengguna.
“Sekarang orang ramai wajib memakai pelitup muka dan Himaya berusaha untuk memenuhi keperluan orang ramai tampil bergaya tanpa mengabaikan penjagaan kesihatan.
“Mereka masih boleh bergaya dengan Himaya dan sesuai digayakan di mana saja tanpa menjejaskan penampilan. Himaya juga selesa dipakai lama tanpa merengsakan kulit wajah,” katanya.-BebasNews.
Sumber : https://bebasnews.my/2022/02/10/pelitup-muka-himaya-h99-menepati-ciri-keselamatan-nabila-razali