top of page

2 BULAN LAGI! Gelombang baharu varian Covid-19 akan melanda Malaysia…


Penularan gelombang varian baharu Covid-19 telah disahkan di United Kingdom yang dikenalpasti sebagai BA.4 dan BA.5 baru- baru ini. Oleh sebab itu, dalam sidang akhbar yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas merasmikan Persidangan Pengarah- pengarah Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa lepas menyatakan bahawa negara kita dijangka akan mengalami gelombang yang sama dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

Meskipun jangkaan kadar penularan sama ada besar atau tidak masih tidak dapat dilakukan, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) United Kingdom pada 17 Jun 2022, penularan Covid di negara tersebut meningkat lebih dari 43% dari minggu ke minggu.

Menurut bancian yang dilakukan berakhir pada 11 Jun, nisbah individu yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan 1:50 individu telah dijangkiti berbanding 1:70 pada minggu sebelumnya. Hal ini menyumbang kepada peningkatan peratusan yang mendadak setiap minggu.

Oleh itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus bersedia dan menjaga kesihatan masing- masing sebagai Langkah pencegahan terutamanya dalam aspek pemakaian pelitup muka. Jika anda beranggapan pelitup muka bukanlah lagi satu keperluan, anda silap.

Berdasarkan portal CovidNow, sebanyak 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu (22 Jun 2022) dengan empat kes kematian dilaporkan lantas menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,547,051 kes. Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,741 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Pesanan Masyarakat: Lindung diri anda dengan Pelitup Muka Himaya, kualiti premium dengan perlindungan optimum bagi wanita berhijab.

bottom of page